Bukit Gantang
Bukit Gantang | |
|---|---|
Bukit Gantang | |
| Koordinat: 4°47′00″N 100°46′00″E / 4.7833°N 100.7667°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perak |
| Daerah | Larut, Matang dan Selama |
| Aras | 35 m (115 ft) |
Bukit Gantang merupakan mukim dalam daerah Larut dan Matang, negeri Perak Darul Redzuan, Malaysia. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kampung Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain.
Nama gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang. Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah , getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu.