Jeong Dojeon

Perdana Menteri Pertama Dinasti Joseon
Nama Korea
Hangul
정도전
Hanja
鄭道傳
Perumian SemakanJeong Dojeon
McCune–ReischauerChŏng Tojŏn
Nama seni
Hangul
삼봉
Hanja
三峰
Perumian SemakanSambong
McCune–ReischauerSambong
Nama kesopanan
Hangul
종지
Hanja
宗之
Perumian SemakanJongji
McCune–ReischauerChongji
Nama anumerta
Hangul
문헌
Hanja
文憲
Perumian SemakanMuheon
McCune–ReischauerMunhŏn

Jeong Dojeon (Korea : 정도전, Hanja : 鄭 道 傳, 1342 - 6 Oktober 1398), yang juga dikenali dengan nama pena Sambong (Korea : 삼봉), ialah seorang pegawai sarjana Korea yang terkenal semasa akhir zaman Goryeo hingga awal zaman Joseon. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pertama (atau Ketua Pegawai Negara) Joseon, dari 1392 hingga 1398 apabila beliau dibunuh oleh Yi Bang-won, anak kelima Yi Seong-gye, pengasas dinasti Joseon. Jeong Dojeon ialah penasihat kepada Yi Seong-gye dan juga arkitek utama dasar dinasti Joseon, meletakkan kerangka ideologi, institusi, dan undang-undang kerajaan yang akan memerintah selama lima abad selepasnya.