Jata negara Mexico
| Coat of arms of Mexico Escudo Nacional de México | |
|---|---|
| Versi | |
Seal of the Government of Mexico | |
Black and White Version of the Seal of the Government of Mexico (Linear) | |
| Butiran | |
| Jenis | Jata negara |
| Pemegang/ pembawa | Negeri-Negeri Mexico Syarikat |
| Diterima pakai | 16 September 1968 (versi terkini direka Francisco Eppens Helguera) |
| Jabaran | Seekor helang emas bertenggek di atas nopal memakan ular orok-orok |
| Penopang/ penyokong | Dedaun oak dan dafnah |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jata negara Mexico (Sepanyol: Escudo Nacional de México) menggambarkan seekor helang emas (Aquila chrysaetos canadensis) yang bertenggek di atas sepohon kaktus buah duri sambil membaham seekor ular orok-orok. Jata ini turut dipaparkan pada bendera negara tersebut.
Reka bentuk jata ini datang daripada pengisahan lagenda pengasasan Tenochtitlan (kini Bandar Raya Mexico) oleh orang Aztec setelah melihat haiwan-haiwan tersebut di atas sebuah tasik. Perlambangan ini berkait kuat dengan kepercayaan agama kedua-dua masyarakat peribumi Aztec sendiri serta dalam kalangan pendatang Eropah beragama Kristian.