Kaktus

Kaktus
Kaktus spesies Ferocactus pilosus
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Cactaceae

Subfamili
  • Cactoideae
  • Maihuenioideae
  • Opuntioideae
  • Pereskioideae

Lihat juga klasifikasi Cactaceae

Sinonim
  • Opuntiaceae Desv.
  • Leuchtenbergiaceae Salm-Dyck ex Pfeiff.

Kaktus (Jawi: ككتوس) merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada keluarga Cacta­ceae terdiri daripada kira-kira 127 genus dengan 1750 spesies dalam order Caryophyllales. Keluarga kaktus berasal dari benua Amerika, meluas dari Patagonia di selatan sampai bahagian barat Kanada di utara kecuali spesies Rhipsalis baccifera yang juga tumbuh di Afrika dan Sri Lanka.

Kaktus telah berevolusi hidup di kawasan panas dan kering seperti gurun dengan pelbagai rupa bentuk dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk glob dan lajur seperti yang dikenali sekarang. Hampir semua spesies tumbuhan ini berbatang hijau, tebal dan berisi atau sukulen untuk menyimpan air. Batang kaktus menjadi besar untuk melakukan proses fotosintesis. Kaktus juga tidak ada daun sebenar tetapi berduri untuk melindungi diri daripada herbivor serta membantu mengelakkan terbuangnya air dengan mengurangkan pengaliran udara dekat denga kaktus.