Oak

Oak
Julat zaman: Sempadan Paleosen-Eosen-kini rekod Paleosen & Zaman Kapur Lewat mungkin
Daun dan kacang Quercus robur
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fagales
Keluarga: Fagaceae
Subkeluarga: Quercoideae
Genus: Quercus
L.

Oak merujuk kepada sebarang pohon atau pokok renek dalam genus Quercus (Bahasa Latin turunan proto-Indo-Eropah *kwerkwu-. ) famili Fagaceae. Terdapat sekitar 600 spesies oak di dunia yang masih wujud. Istilah "oak" juga turut muncul dalam nama-nama spesies dalam genus yang berkaitan terutamanya Lithocarpus, serta spesies yang tidak berkaitan seperti Grevillea robusta dan Casuarinaceae. Genus Quercus ini tertumpu taburannya di Hemisfera Utara di mana pohon-pohon malar hijau hidup di iklim sederhana di luar kawasan garis lintang tropik seperti di Amerika, Asia, Eropah, Afrika Utara. Amerika Utara mempunyai bilangan spesies oak yang terbesar sebanyak kira-kira 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies di Mexico, di mana 109 spesies daripadanya bersifat endemik. China merupakan negara kedua terbesar dengan kira-kira 100 spesies.

Pokok oak mempunyai daun-daun yang berpilin, sama ada ia mempunyai lobus yang bergerigi mahupun licin. Buah-buah dan daun pokok ini mengandungi asid tanik, yang membantu melindungi pokok daripada serangan kulat dan serangga.