Janez Janša
Janez Janša | |
|---|---|
Janša pada 2021 | |
| Perdana Menteri Slovenia | |
| Menyandang jawatan 3 Mac 2020 | |
| Presiden | Borut Pahor |
| Timbalan | Zdravko Počivalšek Matej Tonin Aleksandra Pivec |
| Didahului oleh | Marjan Šarec |
| Dalam jawatan 10 Februari 2012 – 20 Mac 2013 | |
| Presiden | Danilo Türk Borut Pahor |
| Didahului oleh | Borut Pahor |
| Digantikan oleh | Alenka Bratušek |
| Dalam jawatan 3 Disember 2004 – 21 November 2008 | |
| Presiden | Janez Drnovšek Danilo Türk |
| Didahului oleh | Anton Rop |
| Digantikan oleh | Borut Pahor |
| Presiden dalam jawatan Majlis Eropah | |
| Dalam jawatan 1 Januari 2008 – 30 Jun 2008 | |
| Didahului oleh | José Sócrates |
| Digantikan oleh | Nicolas Sarkozy |
| Menteri Pertahanan | |
| Dalam jawatan 7 Jun 2000 – 30 November 2000 | |
| Perdana Menteri | Andrej Bajuk |
| Didahului oleh | Franci Demšar |
| Digantikan oleh | Anton Grizold |
| Dalam jawatan 16 Mei 1990 – 29 Mac 1994 | |
| Perdana Menteri | Lojze Peterle Janez Drnovšek |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Jelko Kacin |
| Pemimpin Parti Demokratik Slovenia | |
| Menyandang jawatan Mei 1993 | |
| Didahului oleh | Jože Pučnik |
| Ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Grosuplje | |
| Menyandang jawatan 8 April 1990 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ivan Janša 17 September 1958 Grosuplje, Slovenia, Yugoslavia (kini Slovenia) |
| Parti politik | Liga Komunis (sebelum 1985) Kesatuan Demokratik Slovenia (1989–1991) Parti Demokratik Slovenia (1991–kini) |
| Pasangan | Silva Predalič Urška Bačovnik (k. 2009) |
| Anak | 4 |
| Pendidikan | Universiti Ljubljana |
Ivan Janša [i-van yan-sya] / [ˈíːʋan ˈjàːnʃa] lahir pada 17 September 1958), dikenali sebagai Janez Janša [jàːnɛs], ialah seorang ahli politik Slovenia yang merupakan Perdana Menteri Slovenia semasa, yang juha pernah berkhidmat dari 2004 hingga 2008 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2013. Beliau telah memimpin Parti Demokratik Slovenia sejak 1993. Janša menjawat kerusi Menteri Pertahanan negara tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, terutamanya semasa meletusnya Perang Kemerdekaan Slovenia dari Jun sehingga Julai 1991. Janša kalah dalam bidaan keempat untuk jawatan perdana menteri pada April 2022, apanila partinya dikalahkan oleh parti Gerakan Kebebasan.
Janša menjadi Perdana Menteri sekali lagi pada 2012 berikutan pilihan raya awal pada Disember tahun sebelumnya. Pada 27 Februari 2013, kerajaan kedua Janša digulingkan dengan proses pengundian, Oleh hal yang demikian, Alenka Bratušek dari parti Slovenia Positif ditugaskan untuk membentuk kerajaan yang baru. Pada 5 Jun 2013, Janša dihukum dua tahun penjara atas tuduhan rasuah. Keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Tinggi Slovenia pada 28 April 2014 dan sebulat suara dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Slovenia pada 23 April 2015.