Borut Pahor

Borut Pahor
Bakal
Presiden Slovenia
Dijangka mula menjawat
22 Disember 2012
Perdana MenteriJanez Janša
MenggantikanDanilo Türk
Perdana Menteri Slovenia
Dalam jawatan
21 November 2008 – 10 Februari 2012
PresidenDanilo Türk
Didahului olehJanez Janša
Digantikan olehJanez Janša
Presiden Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
10 November 2000 – 12 Julai 2004
Didahului olehJanez Podobnik
Digantikan olehFeri Horvat
Maklumat peribadi
Lahir (1963-11-02) 2 November 1963
Postojna, Yugoslavia
(kini Slovenia)
Parti politikLiga Komunis
(Sebelum 1990)
Demokrat Sosial (1990–kini)
Pasangan SerumahTanja Pečar
AnakLuka
Tempat belajarUniversiti Ljubljana

Borut Pahor (lahir 2 November 1963) ialah seorang ahli politik Slovenia yang menjadi Perdana Menteri Slovenia dari 2008 hingga 2012. Beliau terpilih menjadi Presiden Slovenia pada Disember 2012.

Menjadi presiden parti Demokrat Sosial sejak 1990-an, Pahor berkhidmat selama beberapa penggal sebagai anggota Perhimpunan Kebangsaan dan menjadi pengerusinya antara 2000 dan 2004. Pada 2004, Pahor terpilih sebagai anggota Parlimen Eropah. Berikutan kemenangan Demokrat Sosial dalam pilihan raya parlimen Slovenia 2008, Pahor dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada September 2011, kerajaan Pahor mendapat undi tidak percaya akibat krisis ekonomi dan ketegangan politik. Beliau terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri pro tempore sehingga digantikan Janez Janša pada Februari 2012. Pada Jun 2012, beliau mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Slovenia. Beliau mendapat tempat pertama dalam pusingan pertama pada 11 November, dan menewaskan Presiden Danilo Türk dalam pusingan kedua pada 2 Disember 2012; beliau mendapat kira-kira dua pertiga undi.