Janet Yellen

Janet Yellen
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat ke-78
Menyandang jawatan
26 Januari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanWally Adeyemo
Didahului olehSteven Mnuchin
Dalam jawatan
3 Februari 2014 – 3 Februari 2018
PresidenBarack Obama
Donald Trump
TimbalanStanley Fischer
Didahului olehBen Bernanke
Digantikan olehJerome Powell
Naib Pengerusi Rizab Persekutuan
Dalam jawatan
4 Oktober 2010 – 3 Februari 2014
PresidenBarack Obama
Didahului olehDonald Kohn
Digantikan olehStanley Fischer
Ahli Rizab Persekutuan
Lembaga Gabenor
Dalam jawatan
4 Oktober 2010 – 3 Februari 2018
PresidenBarack Obama
Donald Trump
Didahului olehMark W. Olson
Digantikan olehKosong
Dalam jawatan
12 Ogos 1994 – 17 Februari 1997
PresidenBill Clinton
Didahului olehWayne Angell
Digantikan olehEdward Gramlich
Presiden Rizab Persekutuan
Bank San Francisco
Dalam jawatan
14 Jun 2004 – 4 Oktober 2010
Didahului olehRobert Parry
Digantikan olehJohn Williams
Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi
Dalam jawatan
18 Februari 1997 – 3 Ogos 1999
PresidenBill Clinton
Didahului olehJoseph Stiglitz
Digantikan olehMartin Baily
Maklumat peribadi
Lahir
Janet Louise Yellen

(1946-08-13) 13 Ogos 1946
Brooklyn, Bandar Raya New York, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganGeorge Akerlof
Anak1
PendidikanUniversiti Brown
Universiti Yale

Janet Louise Yellen (lahir 13 Ogos 1946) ialah seorang ahli ekonomi dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat terkini di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden. Beliau juga merupakan anggota terkemuka di Brookings Institution dan profesor emeritus di Sekolah Perniagaan Haas di Universiti California, Berkeley. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi Rizab Persekutuan ke-15 dari tahun 2014 hingga tahun 2018 yang merupakan wanita pertama memegang peranan itu. Beliau merupakan Naib Pengerusi dari tahun 2010 hingga tahun 2014.

Yellen ialah ahli Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan dari tahun 1994 hingga tahun 1997 dan sekali lagi pada tahun 2010 hingga tahun 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton dari tahun 1997 hingga tahun 1999. Beliau juga merupakan Presiden Rizab Persekutuan Bank San Francisco dari tahun 2004 hingga tahun 2010. Pada tahun 2014, presiden Barack Obama telah mencalonkan Yellen untuk menggantikan Ben Bernanke sebagai pengerusi Rizab Persekutuan. Beliau hanya berkhidmat satu penggal dari tahun 2014 hingga tahun 2018 kerana tidak dilantik semula oleh Presiden Donald Trump.

Selain sumbangan berterusan beliau terhadap bidang ekonomi, Yellen juga terkenal kerana memecahkan banyak penghalang jantina sebagai seorang wanita di dalam bidang.