Ben Bernanke
Ben Bernanke | |
|---|---|
| Pengerusi Rizab Persekutuan ke-14 | |
| Dalam jawatan 1 Februari 2006 – 3 Februari 2014 | |
| Presiden | George W. Bush Barack Obama |
| Timbalan | Roger Ferguson Donald Kohn Janet Yellen |
| Didahului oleh | Alan Greenspan |
| Digantikan oleh | Janet Yellen |
| Pengerusi Dewan Penasihat Ekonomi ke-23 | |
| Dalam jawatan 21 Jun 2005 – 31 Januari 2006 | |
| Presiden | George W. Bush |
| Didahului oleh | Harvey Rosen |
| Digantikan oleh | Edward Lazear |
| Ahli Dewan Gabenor Federal Reserve System | |
| Dalam jawatan 5 Ogos 2002 – 21 Jun 2005 | |
| Dicalonkan oleh | George W. Bush |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ben Shalom Bernanke 13 Disember 1953 Augusta, Georgia, A.S. |
| Parti politik | Republikan |
| Pasangan | Anna Friedmann |
| Anak | 2 |
| Tempat belajar | Universiti Harvard Institut Teknologi Massachusetts |
Ben Shalom Bernanke (/bərˈnæŋki/ bər-NANG-ki; lahir 13 Desember 1953) ialah ahli ekonomi Brookings Institution asal Amerika Syarikat yang sudah dua kali berkhidmat sebagai pengerusi Rizab Persekutuan, bank pusat Amerika Syarikat, pada tahun 2006 hingga 2014. Bernanke mengetuai operasi Rizab Persekutuan setelah krisis kewangan akhir 2000-an. Sebelum menjadi pengerusi Rizab Persekutuan, Bernanke merupakan pensyarah Universiti Princeton dan ketua jabatan ekonomi Princeton sejak 1996 hinga September 2002. Beliau kemudian mengambil cuti dari khidmat masyarakat.
Dari 2002 hingga 2005, beliau berkhidmat sebagai ahli Dewan Gabenor Federal Reserve System, mengusulkan Doktrin Bernanke, dan memperkenalkan "Moderasi Besar", teori bahwa kitaran perniagaan tradisional mengalami penurunan volatiliti dalam beberapa dekad terakhir setelah beberapa perubahan struktur yang terjadi dalam ekonomi antarabangsa, khususnya peningkatan kestabilan ekonomi negara-negara maju, sehingga mengurangkan kesan dasa ekonomi makro (monetari dan fiskal).
Bernanke kemudian menjadi pengerusi Dewan Penasihat Ekonomi Presiden George W. Bush sebelum Bush mencalonkannya sebagai pengganti Alan Greenspan selaku pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat. Tempoh penggal pertama jawatannya bermula pada 1 Februari 2006. Bernanke dilantik untuk kali kedua pada 28 Januari 2010 setelah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama. Tempoh jawatan kedua berakhir pada 1 Februari 2014 dan digantikan oleh Janet Yellen. Pada 2022, beliau terpilih sebagai penerima Hadiah Nobel dalam Ekonomi bersama dengan Douglas Warren Diamond dan Philip H. Dybvig oleh kerana penelitian mereka tentang bank dan krisis kewangan.