Kuih karas
| Kuih karas | |
|---|---|
Kuih jala gulung (kiri) dengan Kuih goyang (kanan). | |
| Nama alternatif | Kuih jala/Kuih karas |
| Jenis | Snek (Kuih) |
| Tempat asal | Malaysia |
| Kawasan/rantau | Kedah ,Sabah, Sarawak , Brunei |
| Dicipta oleh | Melayu Malaysia |
| Bahan utama | Tepung beras, minyak masak, gula Melaka/gula |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Karas atau Kuih Jala adalah snek tradisional dari Kedah (dikenali sebagai Kuih Karas), Sabah (dikenali sebagai Kuih Sarang Semut dan Sarawak di Malaysia dan Brunei (dikenali sebagai Kuih Jala) Di Sarawak, ia ialah snek tradisional untuk Iban. Ia sangat berbeza dari roti jala di Semenanjung Malaysia. Di Kedah, kuih ini biasanya ditemui di Daerah Kota Setar. ia sesuai untuk dimakan semasa minum teh dengan secawan kopi panas.
Kuih ini merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.
Kuih ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing.
Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat atau digulung.
Aasmi tradition Sinhalese new year sweet