Jajangmyeon
| Jajangmyeon | |
|---|---|
| Nama alternatif | Chajangmyeon |
| Jenis | Mi |
| Tempat asal | Empayar Korea |
| Bahan utama | Mi, chunjang (pes kacang soya hitam), daging babi, sayuran, kadang-kadang makanan laut |
| Bahan yang biasa digunakan | Mi |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Jajangmyeon | |
| Hangul | 자장면/짜장면 |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Jajangmyeon/Jjajangmyeon |
| McCune–Reischauer | Chajangmyŏn/Tchajangmyŏn |
Jajangmyeon (자장면; 짜장면; jjajangmyeon), Masakan Cina Korea, merupakan hidangan mi ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada chunjang (pes kacang soya hitam masin apabila tidak dipanaskan), daging babi dan sayuran dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan laut. Jajang (juga dieja jjajang), nama sos apabila dipanaskan, adalah sebutan Korea bagi aksara Cina 炸醬, yang bermaksud "sos digoreng." Myeon (juga dieja myun) bermaksud "mi", yang diwakili oleh aksara Cina 麵.