Jajahan Pasir Puteh

Pasir Puteh
Jajahan Pasir Puteh
Transkripsi lain
 • Jawiڤاسير ڤوتيه
 • Cina巴西富地县
Lokasi Jajahan Pasir Puteh di Kelantan
Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
PusatP028 Pasir Puteh
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Pasir Puteh
Pentadbiran
 • Ketua Jajahan &
Yang di-Pertua Daerah
Mohd. Roshdi bin Ismail
 •  Ahli ParlimenNik Muhammad Zawawi Salleh
Keluasan
 • Jumlah433.8 km2 (167.5 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah136,157
 • Kepadatan310/km2 (810/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
  • 16800
  • 16810
  • 16700
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjpp.kelantan.gov.my
mdpputeh.kelantan.gov.my

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama Pasir Puteh.

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai lapan daerah dan 73 buah mukim. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).