Nipah

Nipah
Pokok nipah.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Kommelinid
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Nypoideae

Griff.
Genus:
Nypa

Steck
Spesies:
N. fruticans
Nama binomial
Nypa fruticans
Wurmb
Sinonim
  • Cocos nypa Lour.
  • Nipa arborescens Wurmb ex H.Wendl.
  • Nipa fruticans (Wurmb) Thunb.
  • Nipa litoralis Blanco
  • Nypa fruticans var. neameana F.M.Bailey

Nipah (Jawi: نيڤه; turunan kata akar Proto-Austronesia *nipaq) merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara Asia tenggara. Nama botaninya Nypa (sin. Nipa) fruticans; banyak nama lain serantau Nusantara:

  • daon, daonan (Sd., Bms.),
  • buyuk (Jw., Bali)
  • bhunyok (Md.)
  • bobo atau boho (Menado, Ternate, Tidore)
  • boboro (Halmahera)
  • ciwêl (Jw. Cilacap)
  • palean, palenei, pelene, pulene, puleanu, pulenu, puleno, pureno, parinan, parenga, parena (Seram, Ambon dan sekitarnya)
  • kiwel (Pangandaran)

Pokok nipah merupakan satu-satunya pokok palma yang juga dikira sebagai pokok bakau, dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa. Pokok nipah juga boleh dijumpai di kawasan-kawasan lain di selatan Asia dan utara Australia. Daun pokok nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah. Selain itu, daunnya juga digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami.