Jahara Hamid
Dato' Jahara Hamid (lahir 18 Mei 1951) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Telok Ayer Tawar selama lima penggal (1995-2018) dan mantan EXCO Pulau Pinang (1999-2008).
Jahara Hamid | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Telok Ayer Tawar | |
| Dalam jawatan 1995–2018 | |
| Didahului oleh | Rokiah Bee Hassan |
| Digantikan oleh | Mustafa Kamal Ahmad |
| Majoriti | 840 (PRU-13) 1,470 (PRU-12) 3,984 (PRU-11) 1,293 (PRU-10) 5,836 (PRU-9) |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 1999–2008 | |
| Ketua Menteri Pulau Pinang | Koh Tsu Koon |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 18 Mei 1951 Anak Bukit, Alor Setar, Kedah |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Beliau menjadi Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang. Tetapi tindakannya menyokong peralihan kuasa dari Tan Sri Rafidah Aziz kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibantah oleh Ketua Wanita UMNO Tanjong, Norjan Hamid ; Kepala Batas, Zabariah Wahab; Bukit Mertajam, Faridah Hussain; Permatang Pauh, Normala Abdul; Batu Kawan, Rohaya Ismail; Jelutong, Saripah Syed Mohd.; Bukit Gelugor, Norliza Abdul Rahim; Nibong Tebal, Sofiah Sharif; Bukit Bendera, Datin Haslinda Hashim dan Bagan, Jumahee Mohd.