Jah Hut

Jah Hut
Jahut / Jahet / Cheres
Kumpulan orang Jah Hut Selangor, Malaysia.
Jumlah penduduk
4,191 (2010)
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Pahang)
Bahasa
Bahasa Jah Hut, Bahasa Melayu
Agama
Animisme (utama), Islam, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
Semai, Temiar

Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

Antara kampung-kampung ini termasuk Kampung Penderas, dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.