Hutan tropika

Hutan tropika merupakan ekokawasan berhutan dengan iklim tropika – iaitu kawasan daratan yang lebih kurang terbatas di antara garisan Sartan dan garisan Jadi, tetapi mungkin dipengaruhi oleh faktor lain seperti angin lazim.

Beberapa jenis hutan tropika sukar untuk dikategorikan. Walaupun hutan-hutan di kawasan beriklim sederhana mudah dikategorikan berdasarkan kepadatan kanopi pohon, pensyaratan tersebut tidak dapat diguna pakai pada pengelasan hutan tropika. Tiada skema tunggal yang dapat mentakrifkan apa itu hutan pada mana-mana tempat dalam lingkungan kawasan tropika. Disebabkan kesukaran tersebut, maklumat tentang keluasan hutan tropika berbeza-beza antara pelbagai sumber. Namun, hutan tropika adalah luas, membentuk kurang sedikit daripada separuh hutan dunia. Domain tropika mempunyai bahagian terbesar hutan dunia (45 peratus), yang selepas itu disusuli dengan domain boreal, domain sederhana serta domain subtropika.

Lebih daripada 3.6 juta hektar hutan tropika jati telah punah pada tahun 2018.