Temiar
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| 40,000–120,000 | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Malaysia (Perak, Pahang, Kelantan) | |
| Bahasa | |
| Bahasa Temiar, Bahasa Melayu | |
| Agama | |
| Agama etnik, Islam, Christianity | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Orang Semai |
Suku Temiar (Bahasa Inggeris: Temiar People) merupakan sebahagian daripada kumpulan Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang tergolong dalam subkumpulan Senoi. Mereka adalah salah satu kumpulan etnik terbesar dalam kalangan 18 kumpulan orang asli di Semenanjung Malaysia. Orang Temiar bertutur dalam bahasa Temiar. Bahasa Temiar tergolong dalam keluarga bahasa besar Austroasiatic, di bawah subkeluarga bahasa Aslian, dan termasuk dalam cabang bahasa Senoi.
Orang Temiar tinggal di negeri-negeri Perak, Pahang, dan Kelantan di Semenanjung Malaysia.