Robert Oppenheimer

J. Robert Oppenheimer
J. Robert Oppenheimer, sekitar 1944
Kelahiran(1904-04-22)22 April 1904
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia18 Februari 1967(1967-02-18) (umur 62)
Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanKolej Harvard
Kolej Christ, Cambridge
Universiti Göttingen
Terkenal keranaPembangunan senjata nuklear
PasanganKatherine "Kitty" Puening (k. 1940)
Anak-anak2
AnugerahAnugerah Enrico Fermi (1963)
Kerjaya saintifik
BidangFizik teori
InstitusiUniversiti California, Berkeley
Institut Teknologi California
Makmal Los Alamos
Institute for Advanced Study
TesisZur Quantentheorie kontinuierlicher Spektren (1927)
Penasihat kedoktoranMax Born
Pelajar kedoktoranSamuel W. Alderson
David Bohm
Robert Christy
Sidney Dancoff
Stan Frankel
Willis Eugene Lamb
Harold Lewis
Philip Morrison
Arnold Nordsieck
Melba Phillips
Hartland Snyder
George Volkoff
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan
Abang kepada ahli fizik Frank Oppenheimer

Julius Robert Oppenheimer (22 April 1904 – 18 Februari 1967) ialah seorang ahli fizik teori Amerika Syarikat. Beliau lulusan ijazah kimia Universiti Harvard pada tahun 1925, lalu memperolehi ijazah kedoktoran dalam fizik dari Universiti Göttingen pada tahun 1927 di bawah perguruan Max Born. Beliau bekerja sebagai profesor fizik Universiti California, Berkeley memberi sumbangan besar kepada fizik teori, termasuk pencapaian dalam mekanik kuantum dan fizik nuklear seperti Penghampiran Born–Oppenheimer untuk molekul fungsi gelombang, teori elektron dan positron, proses Oppenheimer–Phillips dalam lakuran nuklear, dan kerja awal terowong kuantum. Beliau turut terlibat menyumbang kepada pendalaman teori bintang neutron dan lohong hitam, teori medan kuantum serta interaksi sinar kosmos.

Peranan beliau paling utamanya sebagai ketua kendali perang kepada Makmal Los Alamos di New Mexico pada 1942 saat meletusnya Perang Dunia Kedua, di mana beliau ditugaskan dalam Projek Manhattan membangunkan senjata-senjata nuklear terawal dunia; beliau menjalankan ujian peletupan senjata sedemikian pada 16 Julai 1945. Hasil uji kaji ini dipergunakan tentera Amerika Syarikat membangunkan bom menghancurkan kota-kota Hiroshima dan Nagasaki untuk melumpuhkan tentera Jepun yakni satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam konflik bersenjata; beliau juga dijolok gelaran "bapa bom atom". Keinsafannya melibatkan diri dalam projek ini mendorongnya menjadi pelobi mendesak kawalan kuasa nuklear antarabangsa mengelakkan pengembangan senjata yang dilagakan dengan Kesatuan Soviet selain menentang pengembangan senjata sama bahaya seperti bom hidrogen sampai menyinggung perasaan beberapa pihak dalam pemerintah dan tentera AS. Beliau disoal siasat semasa zaman Ketakutan Merah atas sejarah keterlibatannya dalam Parti Komunis Amerika Syarikat sehingga dilucutkan kebenarannya memasuki makmal fizik pemerintah pada 1954.

Walaupun dilucutkan pengaruh politik langsungnya, Oppenheimer tetap meneruskan kuliah, menulis, dan bekerja dalam fizik. Pada tahun 1947, Oppenheimer menjadi pengarah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey, dan mengerusikan Jawatankuasa Penasihat Am yang berpengaruh bagi Suruhanjaya Tenaga Atom. Pada tahun 1963, beliau telah diberikan Anugerah Enrico Fermi sebagai hadiah tanda maaf.