Elektron
| Komposisi: | Zarah asas |
| Kumpulan: | Lepton |
| Generasi: | Pertama |
| Interaksi: | Graviti, daya Lorentz, daya nukleus lemah |
| Antizarah: | Positron (atau antielektron) |
| Pengasas teori: | Richard Laming (1838–1851), G. Johnstone Stoney (1874) dan lain-lain. |
| Ditemui: | J. J. Thomson (1897) |
| Simbol: | e− , β− |
| Jisim: | 9.1093837015(28)×10−31 kg 5.48579909070(16)×10−4 u [1822.8884845(14)]−1 u 0.51099895000(15) MeV/c2 |
| Masa hayat min: | Stabil ( > 6.6×1028 tahun) |
| Cas elektrik: | −1 e −1.602176634×10−19 C −4.80320451(10)×10−10 esu |
| Momen magnet: | −1.00115965218091(26) μB |
| Spin: | 12 |
| Isospin lemah: | Kiri: −12, Kanan: 0 |
| Hipercas lemah: | Kiri: -1, Kanan: −2 |
| Model Piawai fizik zarah |
|---|
Elektron adalah satu zarah subatom keunsuran berjisim ringan yang membawa cas negatif cas elektrik. Elektron mempunyai spin 1/2 (fermion), tidak terlibat di dalam salingtindak kuat (lepton) dan tidak mempunyai substruktur. Bersama dengan nukleus atom, elektron membina atom-atom; mereka bertanggungjawab kepada ikatan kimia. Pengaliran elektrik dalam pengalir (pengkonduksi) pepejal adalah disebabkan pergerakan elektron-elektron.