Sinar kosmos
Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi, biasanya dari luar Sistem Suria malah dari galaksi lain yang berdekatan. Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Istilah "sinar" sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah.