Istana Hijau
| Istana Hijau ايستان هيجاو | |
|---|---|
Istana Hijau | |
| Maklumat umum | |
| Status | Musnah terbakar |
| Jenis | Istana diraja, istana |
| Lokasi | Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia |
| Negara | Terengganu |
| Koordinat | 5°20′9″N 103°8′15″E / 5.33583°N 103.13750°E |
| Penyewa terkini | Sultan Omar |
| Pecah tanah | 7 Zulhijah 1281 H (3 Mei 1865 M) |
| Pembinaan bermula | 7 Zulhijah 1286 H (10 Mac 1870 M) |
| Dimusnahkan pada | 1300 H (Ogos 1883 M) |
| Pemilik | Sultan Omar |
| Butiran teknikal | |
| Bilangan tingkat | 2 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Istana Hijau (Jawi: ايستان هيجاو) ialah sebuah istana Kesultanan Terengganu. Istana ini telah dibina pada 7 Zulhijah 1281 H [3 Mei 1865 M] dan didirikan pada pukul 7 pagi hari Jumaat, 7 Zulhijah 1286 H [10 Mac 1870 M] ketika pemerintahan sultan Terengganu ketika itu iaitu baginda Sultan Omar (1220H/1806M—1293H/1876M). Istana ini merupakan bangunan bertingkat dua dengan menara setinggi lima tingkat. Pada 1300 H bersamaan Ogos 1883 M semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1282H/1866M—1337H/1918M), istana ini telah musnah dalam sebuah kebakaran ketika peristiwa Api Pecah Gedung yang turut memusnahkan 1,600 buah rumah.
Tapak bekas berdirinya Istana Hijau kemudiannya dijadikan tempat pembinaan istana baharu Kesultanan Terengganu. Upacara peletakan batu asas istana baharu ini telah diadakan pada tahun 1312 H bersamaan 1895 M ketika masih dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lalu dinamakan Istana Maziah.