Api Pecah Gedung

Api Pecah Gedung
اڤي ڤچه ݢدوڠ
TarikhSyawal 1300 H (Ogos 1883 (1883-08) M)
LokasiKuala Terengganu, Kesultanan Terengganu
Koordinat5°20′05″N 103°08′15″E / 5.33472°N 103.13750°E / 5.33472; 103.13750
Harta benda rosak
1,600 buah rumah

Peristiwa Api Pecah Gedung (Jawi: اڤي ڤچه ݢدوڠ) merupakan sebuah kebakaran yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1299 H/1881 M – 1337 H/1918 M) pada pertengahan bulan Ogos 1883 M bersamaan bulan Syawal 1300 H di Kuala Terengganu. Kebakaran ini yang merupakan terbesar dalam sejarah Terengganu telah memusnahkan sebanyak 1,600 buah rumah. Nama "Api Pecah Gedung" diambil sempena banyaknya gedung simpanan ubat bedil yang musnah terbakar. Kebakaran ini turut memusnahkan istana kesultanan Terengganu ketika itu iaitu Istana Hijau.