Republik Hawaii

Republik Hawaii
Lepupalika ʻo Hawaiʻi
Republic of Hawaii
1894–1898
Bendera Jata
Cogan kataUa Mau ke Ea o ka ʻĀina i ka Pono
Lagu kebangsaan"Hawaiʻi Ponoʻī"
Ibu negaraHonolulu
Bahasa yang umum digunakanInggeris, Hawaii
KerajaanNegara satu parti republik
Sejarah 
• Didirikan
4 Julai 1894
4 Julai 1898
Keluasan
189616,703 km2 (6,449 bt2)
Populasi
• 1896
109020
Mata wangDolar Hawaii
Dolar AS
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Sementara Hawaii
Wilayah Hawaii
Sekarang sebahagian dari Amerika Syarikat
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"

Republik Hawaii adalah nama rasmi untuk Hawaii dari 1894 ke 1898 apabila ia ditadbir sebagai sebuah republik. Zaman republik berlaku di antara pentadbiran Pemerintah Sementara Hawaii yang berakhir pada 4 Julai 1894 dan persetujuan kepada Ketetapan Newlands di Kongres Amerika Syarikat di mana Republik Hawaii digabungkan ke dalam Amerika Syarikat dan menjadi Wilayah Hawaii pada 7 Julai, 1898.

Orang-orang penting dalam republik ini adalah dari pelbagai bangsa. Mereka termasuk Sanford B. Dole dan Lorrin A. Thurston, keduanya berketurunan Eropah tetapi dilahirkan di Hawaii dan boleh bertutur dalam bahasa Hawaii dengan baik. Dole sebelumnya adalah seorang anggota dewan perundangan dari Koloa, Kaua'i dan juga seorang hakim di Mahkamah Tinggi. Thurston pula telah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah Raja Kalakaua. Speaker parlimen republik ini adalah seorang penduduk asal Hawaii, John Kaulukou yang pro-raja dan menentang pergabungan dengan Amerika Syarikat.