Ismail Kijo
Ismail Kijo | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Lembah Jaya | |
| Dalam jawatan 24 April 1995 – 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | Jawatan dibentuk |
| Digantikan oleh | Khasim Abdul Aziz (PAS) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 28 Mei 1952 Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 3 Februari 2021 (umur 68) Sungai Buloh, Selangor, Malaysia |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Ismail bin Kijo (28 Mei 1952 – 3 Februari 2021) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Lembah Jaya untuk tiga penggal dari 1995 hingga 2008. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), komponen pakatan Barisan Nasional (BN), beliau juga berkhidmat sebagai ketua bahagian UMNO Ampang.