Kepulauan Galápagos

Galápagos Islands
Tapak Warisan Dunia UNESCO
KriteriaSemula Jadi: vii, viii, ix, x
Rujukan1
InskripsiSesi 1978 (ke-2 )
Lanjutan2001 dan 2003
Terancam2007–2010
Paparan amaran: Page using Template:Infobox UNESCO World Heritage Site with unknown parameter "State Party"

Kepulauan Galápagos (nama rasmi: Archipiélago de Colón; nama lain dalam bahasa Sepanyol: Islas de Colón or Islas Galápagos) ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang tertabur di sekitar khatulistiwa di Lautan Pasifik, 972 km (525 nmi) di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini.

Kepulauan Galápagos dan perairan di sekitarnya membentuk sebuah wilayah Ecuador, sebuah taman negara, dan sebuah laut simpan biologi. Bahasa Sepanyol ialah bahasa utama kepulauan ini. Pulau-pulau ini diduduki oleh kira-kira 25,000 orang.

Pulau-pulau ini agak muda dari segi geologi dan terkenal dengan sejumlah besar spesies hidupan endemik yang pernah dikaji oleh Charles Darwin sewaktu dalam penjelajahan di atas kapal Beagle. Pemerhatian dan koleksinya menyumbang kepada mulanya teori evolusi secara pemilihan semula jadi.

Carta pengemudian kasar pertama tentang kepulauan ini dibuat oleh seorang lanun yang bernama Ambrose Cowley pada tahun 1684. Beliau menamakan satu demi satu pulau sempena beberapa rakan seerjuangannya ataupun para bangsawan British yang menyokong perjuangan beliau. Lama-kelamaan, kerajaan Ecuador memberikan nama Sepanyol kepada pulau-pulau tersebut. Biarpun nama Sepanyol adalah rasmi, namun ramai pihak (terutamanya penyelidik ekologi) masih menggunakan naam Inggeris, terutamanya kerana nama-nama itulah yang digunakan sewaktu kunjungan Darwin.