Ishak Baharom
Ishak Baharom | |
|---|---|
Dato' Haji Ishak Baharom (Gambar Utusan) | |
| Mufti Selangor ke-5 | |
| Dalam jawatan 15 Ogos 1985 – 31 Oktober 1997 | |
| Dilantik oleh | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor |
| Didahului oleh | Dato' Haji Hassan Haji Omar |
| Digantikan oleh | Dato' Haji Mohd Tamyes Abd Wahid |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 Januari 1928 Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor |
| Meninggal dunia | 30 Januari 2008 (umur 80) Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor |
| Cause of death | Pendarahan dalam kepala |
| Tempat semadi | Makam Diraja Shah Alam, Selangor |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pasangan | Datin Hajah Maznah Yusuf (k. 1963–2008) |
Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom (18 April 1928 – 30 Januari 2008) merupakan bekas Mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 18 April 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Indonesia. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah binti Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak.