Kalimantan Selatan

Kalimantan Selatan
Provinsi Kalimantan Selatan
Negeri Kalimantan Selatan
Negeri
Dari atas, kiri ke kanan : Pulau Kembang, sebuah pasar terapung di Banjarmasin, Bukit Loksado, Sungai Martapura, Tugu Proklamasi dan Tanjung Dewa.
Nama panggilan: Bumi Lambung Mangkurat
Cogan kata: Waja Sampai Kaputing (Bahasa Banjar)
Sekuat waja sehingga akhirnya
Kedudukan Kalimantan Selatan di Indonesia
Koordinat: 2°30′S 115°30′E / 2.500°S 115.500°E / -2.500; 115.500
Negara Indonesia
Ditubuhkan14 Ogos 1950
Ibu Negeri Banjarbaru
Bandar terbesarBanjarmasin
Pentadbiran
 • GabenorMuhidin
 • Timbalan GabenorTiada
Keluasan
 • Jumlah38,744.23 km2 (14,959.23 batu persegi)
 • Pemeringkatan19th
Aras tertinggi
1,901 m (6,237 ft)
Penduduk
 (2014)
 • Jumlah3,913,908
 • Pemeringkatan17th
 • Kepadatan100/km2 (260/batu persegi)
Demografik
 • Kumpulan etnik76% Banjar
13% Jawa
11% lain-lain (Bugis, Madura, Dayak, Cina, dll.)
 • BahasaBahasa Indonesia (rasmi), Bahasa Banjar
Zon waktuUTC+8 (WITA)
Poskod
70xxx, 71xxx, 72xxx
Kod Panggilan(62)5xx
Kod ISO 3166ID-KS
Pendaftaran kenderaanDA
Laman sesawangkalselprov.go.id


Kalimantan Selatan adalah sebuah provinsi di Kalimantan. Kalimantan Selatan mempunyai sempadan darat dengan Kalimantan Tengah ke barat dan barat laut, Kalimantan Timur ke timur laut, dan mempunyai pantai di Laut Jawa ke selatan dan Selat Makassar ke timur. Kebanyakan kawasan di Kalimantan Selatan terdiri daripada dataran pamah berhutan atau berpaya dengan pergunungan Meratus yang memotong provinsi ini dari utara ke selatan. Ibu negerinya adalah Banjarbaru dan bandar terbesarnya dari segi populasi adalah Banjarmasin, yang juga sebagai pusat kebudayaan Banjar.