Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh
Bangunan utama Hospital Sungai Buloh
3°13′11″N 101°35′58″E / 3.21972°N 101.59944°E / 3.21972; 101.59944
Jalan Hospital, 47000, Sungai Buloh, Selangor
Organisasi
PembiayaanHospital awam
Universiti bergabungManagement and Science Universiti
Universiti Teknologi MARA
Universiti Taylor's
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Sejarah
Dibuka1999
Perangkaan
Katil620
Pautan luar
Tapak sesawanghsgbuloh.moh.gov.my
Portal perubatan
sunting · sunting di Wikidata

Hospital Sungai Buloh ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Terletak kira-kira 25 km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor, terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.

Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baharu ini (seluas 130 ekar) telah diumumkan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak di kawasan ini dan juga mengurangkan beban pesakit Hospital Kuala Lumpur.

Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor. Hospital Sungai Buloh ialah Pusat Rujukan Penyakit Berjangkit Kebangsaan yang merupakan hospital pakar kepada penyakit berjangkit.