Metro Manila

Metro Manila
Kalakhang Maynila
Kamaynilaan
Wilayah dan kawasan metropolitan
Kawasan Ibu Negara
Daerah Perniagaan Utama Makati
Monumento
Taman Rizal
Tugu Peringatan Quezon
Pusat Ortigas
Muzium Seni Halus Negara
Teater Negara
Cogan kata: Dangal nitong Bayan!
Lokasi Filipina
OpenStreetMap
Koordinat: 14°35′N 121°00′E / 14.58°N 121°E / 14.58; 121
Negara Filipina
PulauLuzon
Badan pengurusPihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila
Ditubuhkan
  • 7 November 1975 (sebagaiperbadanan awam)
  • 23 January 1976 (sebagai wilayah)
  • 2 June 1978 (sebagai Wilayah Ibu Negara)
Terdiri daripada
Pentadbiran
 • JenisPemerintahan metropolitan di bawah sebuah rangka kerja yang dipencarkan
 • BadanPihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila
 • Pengerusi PPMMRomando Artes (pemangku)
 • Presiden Majlis Metro ManilaFrancis Zamora
Keluasan
 • Kawasan636.00 km2 (245.56 batu persegi)
Penduduk
 (Ralat: waktu tidak sah banci) 
 • Kawasan13,484,462
 • Kepadatan21,202/km2 (54,910/batu persegi)
 • Metro
26,700,000
DemonimEnglish: Manilan, Manileño;
Spanish: manilense, manileño(-a)
Filipino: Manileño(-a), Manilenyo(-a), taga-Maynila
GDP (nominal)
 • Wilayah$136.12 billion (2023)
 • Per kapita$9,544 (2023)
Zon waktuUTC+8 (PST)
Templat:Areacodestyle+63 (0)2
Kod ISO 3166PH-00
Bahasa
HDI 0.85 (Very high)
Tahap HDIKe-2 (2019)
Laman sesawangmmda.gov.ph

Metropolitan Manila (Filipina: Kalakhang Maynila), biasa disingkatkan kepada Metro Manila atau secara rasmi Kawasan Ibu Negara (NCR; Filipina: Pambansang Punong Rehiyon), ialah wilayah ibu negara dan kawasan metropolitan terbesar di Filipina. Terletak di pantai timur Teluk Manila, kawasan yang terletak di antara kawasan Luzon Tengah dan Calabarzon. Merangkumi kawasan seluas 619.57 km2 (239.22 bt2) dan dengan penduduk seramai &&&&&&&013484462.&&&&&013,484,462 setakat 2020,  ia terdiri daripada enam belas buah bandar yang sangat maju: ibu negara, Manila, Caloocan, Las Piñas, Makati, Malabon, Mandaluyong, Marikina, Muntinlupa, Navotas, Parañaque, Pasay, Pasig, Bandar Quezon, San Juan, Taguig, dan Valenzuela, bersama sebuah perbandaran mandiri, Pateros. Sebagai kawasan kedua paling ramai penduduk dan kawasan berpenduduk paling padat di Filipina, ia menduduki tangga ke-9 bagi kawasan metropolitan paling ramai penduduk di Asia dan tangga ke-6 bagi kawasan bandar paling ramai penduduk di dunia.

Manila ialah sebuah bandar raya global terunggul yang meletakkan kekuatannya pada bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan, kesemuanya menyumbang kepada keunggulannya.

Seperti yang diisytiharkan dalam Dekri Presiden No. 940, seluruh kawasan metropolitan Manila merupakan pusat kerajaan Filipina, namun Bandar Raya Manila sahaja merupakan ibu negara rasmi.

Mengikut banci 2007, Metro Manila diduduki 11,553,427 orang, iaitu 13% penduduk negara. Jika termasuk sekali pinggir bandar di wilayah-wilayah berdekatan (Bulacan, Cavite, Laguna, dan Rizal) dari Manila Raya, maka jumlah penduduknya sekitar 20 juta.

Keluaran serantau kasar Metro Manila pada Julai 2009 dianggarkan bernilai 468.4 bilion (pada harga malar 1985), iaitu 33% KDNK negara. Pada tahun 2008, Metro Manila merupakan kelompok bandar ke-40 terkaya di dunia, menurut PricewaterhouseCoopers.