Pemakanan manusia

Pemakanan manusia membincangkan tentang penyediaan nutrien penting dalam makanan yang diperlukan untuk menyokong kehidupan manusia dan kesihatan yang baik. Pemakanan yang buruk merupakan masalah kronik yang sering dikaitkan dengan kemiskinan, ketidakjaminan makanan, atau kurang pemahaman mengenai keperluan pemakanan. Kekurangan zat makanan dan kesannya merupakan penyumbang besar kepada kematian, kecacatan jasmani, dan kehilangan upaya di seluruh dunia. Pemakanan yang baik diperlukan agar kanak-kanak dapat tumbuh secara fizikal dan mental, serta untuk perkembangan biologi manusia yang normal.