In vitro

In vitro ialah istilah yang digunakan dalam biologi untuk menyebutkan kultur suatu sel, tisu, atau bahagian organ tertentu di dalam makmal. Istilah ini digunakan kerana kebanyakan kultur tiruan ini dilakukan dalam radas-radas kaca (bahasa Latin: vitrum) seperti piring petri, tabung uji, kelalang, dan sebagainya.

Kultur rangkaian dan pelbagai variasinya biasa disebut sebagai pembiakan in vitro.