Tabung uji
Dua batang tabung uji | |
| Nama lain | Tabung kultur |
|---|---|
| Kegunaan | Tindak balas kimia |
| Item berkaitan | Tabung didih |
Tabung uji, juga tabung kultur merujuk kepada sejenis radas makmal lazim yang berupakan sebuah tiub kaca atau plastik jernih sebesar jari yang terbuka di bahagian atas. Tabung ini lazim digunakan ketika melakukan tindak balas kimia, dan disimpan di rak-rak istimewa (rak tabung uji).
Tabung uji tersedia dalam pelbagai saiz dan diameter, umumnya berdiameter 10-20 mm, dan panjang 50-200 mm. Bahagian atasnya seringkali dilengkapi bibir yang melebar untuk membantu menuang isinya; beberapa sumber menyatakan bahwa kehadiran bibir tersebut membezakan tabung uji daripada tabung biasa. Tabung uji boleh memiliki dasar rata, bulat, atau tirus. Beberapa tabung uji dihasilkan agar dapat dipasangi penutup kaca atau penutup berulir. Ada juga yang dilengkapi dengan kaca kasar di bagian atas agar mudah diberi label dengan pensel.