Kelalang kon
Kelalang kon, kelalang Erlenmeyer atau kelalang penitratan merupakan sebuah kelalang makmal yang mempunyai dasar yang rata, badan berbentuk kon dan mempunyai leher silinder. Kelalang ini dinamakan sempena Emil Erlenmeyer (1829-1909), seorang ahli kimia Jerman yang menciptanya pada 1860.