Iklim (kumpulan)
Iklim | |
|---|---|
| Asal | Terengganu, Malaysia |
| Genre | Blues, Rock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock, Rock kapak |
| Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik / Penggubah lagu |
| Alat muzik | Vokal / Pemuzik |
| Tahun aktif | 1985-1998 2003-2005 2014-2025 |
| Diskografi | Lihat: Iklim discography (en) |
| Syarikat rakaman | Suara Cipta Sempurna (1990 - 1994) Warner Music Malaysia (1994-1999) Nova Music (2003-2004) HP Records Indonesia Musica Studio's Indonesia |
| Bekas anggota | Saleem - vokal (meninggal dunia) Khir Rahman - vokal Mohalim-bass Kama - Dram Azmani-vokal Umarul-gitar Fadhil - gitar Zaini - gitar Huzali - keyboard/gitar |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang bermula pada tahun 1985; terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia pada sekitar tahun 90'an. Iklim terbentuk secara rasmi pada tahun 1990 dan menyanyikan lagu-lagu Melayu bergenre Rock dan Slow Rock. Iklim menjadi siulan zaman itu kerana popular dengan lagu “ Suci Dalam Debu “. Hingga kini lagu iklim sentiasa putar dicorong radio.
Lagu hits adalah Suci Dalam Debu, Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Hakikat Sebuah Cinta dan Seribu Kali Sayang. Album Suci Dalam Debu terjual 1,000,000 unit di Indonesia, dan mengangkat nama iklim sebagai kumpulan terkenal dan berjaya di negara jiran tetangga tersebut sehingga kini. Pada 23 Februari 2025, Ketua Kumpulan Iklim, Mohalim Salleh mengumumkan pembubaran rasmi Iklim dari dunia seni tanah air berkuatkuasa 2025, Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan, selain ia bukanlah direstui oleh kedua-dua mereka.