Idris Khan
Idris Khan | |
|---|---|
| Kelahiran | Idris Khan bin Shahzad Khan 15 Disember 1988 |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2015–kini |
Idris Khan bin Shahzad Khan (Jawi: إدريس خن; lahir 15 Disember 1988) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia kelahiran Libya. Beliau juga merupakan abang kepada Shah Raj Khan. Beliau terkenal melalui drama Uda & Dara lakonan bersama Siti Saleha dan Anis Al-Idrus serta Zul Ariffin. Idris pernah menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2007/2008 dan berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Terdapat juga, beberapa artis popular yang menyertai pertandingan ketika itu seperti Fizo Omar dan Kamal Adli.