Hutan Simpan Batu Talam

Hutan Simpan Batu Talam
IUCN Kategori Ib (Kawasan liar)
LokasiRaub, Pahang, Malaysia
Koordinat4°01′23″N 101°39′50″E / 4.023°N 101.664°E / 4.023; 101.664
Luas4,064 he (10,040 ekar)
Badan pentadbirJabatan Perhutanan Negeri Pahang
sunting

Hutan Simpan Batu Talam merupakan sebuah hutan simpan yang terletak di kawasan daerah Raub, negeri Pahang, Malaysia, secara khususnya berdekatan Bukit Fraser, salah satu kawasan-kawasan pelancongan utama negeri. Hutan simpan ini menempakan sebuah taman ekopelancongan, Taman Eko Rimba Jeriau.

Hutan simpan ini berukuran kira-kira 4,000 hektar, dan meliputi sebahagian kawasan hutan simpan Bukit Fraser yang berukuran kira-kira 2,000 hektar. Laporan kajian menunjukkan Hutan Simpan Batu Talam memiliki taburan hujan purata sebanyak 2653.63 mm (kiraan dari 1960 ke 2010).