Hunminjeongeum
Hunminjeongeum juga adalah nama asal bagi Hangul.
| Hunminjeongeum | |
| Nama Korea | |
|---|---|
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Hunminjeong(-)eum |
| McCune–Reischauer | Hunminjŏngŭm |
Hunminjeongeum (Bunyi yang Betul bagi Pengajaran Rakyat) ialah satu dokumen yang menggambarkan satu tulisan baru dan asli bagi bahasa Korea. Tulisan pada asalnya dinamakan penerbitan itu, tetapi kemudiannya dikenali sebagai hangul. Ia dicipta supaya rakyat biasa yang buta huruf dalam hanja mampu membaca dan menulis bahasa Korea dengan tepat dan mudah. Ia diumumkan di dalam Jilid 102 Babad Raja Sejong, dan tarikh penerbitan rasminya yang dikatakan pada 9 Oktober 1446, adalah kini Hari Hangul di Korea Selatan. Babad itu meletakkan penciptaannya pada tahun ke-25 pemerintahan Raja Sejong yang bersamaan dengan 1443-1444.
Manuskrip ini tidak sahaja dijadikan sebagai Harta Nasional Korea Selatan bernombor 70, malah didaftarkan masuk dalam Warisan Ingatan Dunia UNESCO pada tahun 1997..