Hujan (kugiran)
Hujan | |
|---|---|
| Asal | Bandar Miri , Malaysia |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2005 |
| Syarikat rakaman | FMC Music |
| Anggota semasa | Noh Salleh, Hezry Hafidz, Azham Ahmad, Izzat Uzaini |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Hujan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Miri, Sarawak. Diasaskan pada tahun 2005 oleh Noh Salleh, kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Noh Salleh, gitaris Hezry "AG" Hafidz, pemain bes dan keyboard Hang Dimas dan pemain dram Azham Ahmad sebagai ahli asal. Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran. Kini, Hujan terdiri daripada Noh, AG, Azham dan Izzat Huzaini.
Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er, -ere, daripada Inggeris Lama -ere (awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz (awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.