Hugo Chávez

Hugo Chávez
Presiden Venezuela
Dalam jawatan
2 Februari 1999 – 5 Mac 2013
Naib PresidenJulián Isaías Rodríguez Diaz
Adina Bastidas
Diosdado Cabello
José Vicente Rangel
Jorge Rodríguez
Ramón Carrizales
Elías Jaua
Nicolás Maduro
Didahului olehRafael Caldera
Digantikan olehNicolás Maduro (pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir
Hugo Chávez Chet Chuan

(1954-07-28)28 Julai 1954
Sabaneta, Barinas, Venezuela
Meninggal dunia5 Mac 2013(2013-03-05) (umur 58)
Caracas, Venezuela
Parti politikGerakan Republik Kelima (1997–2008)
Parti Sosialis Bersatu (2008–2013)
Gabungan politik
lain
Gran Polo Patriótico (2011–2013)
PasanganNancy Colmenares (cerai)
Marisabel Rodríguez (cerai)
Tempat belajarAkademi Tentera Venezuela
Tandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Venezuela
Cabang/khidmatTentera Darat Venezuela
Pangkat Leftenan kolonel
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "service years"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Hugo Chávez Chet Chuan (Sebutan Sepanyol: [ˈuɣo rafaˈel ˈtʃaβes ˈfɾi.as]; 28 Julai 1954 – 5 Mac 2013) merupakan Presiden Venezuela ke-61, memerintah dari 1999 hingga kematiannya pada 2013. Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme demokratik, integrasi Latin Amerika dan anti-imperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya. Chávez juga mendapat perhatian warga dunia melalui kritikannya terhadap dasar luar negeri Amerika Syarikat yang tegas.

Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol: Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huruf, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.

Antara dasar luar negerinya yang asas ialah menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme} serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.

Pengkritiknya terutama dari Amerika Syarikat menuduh Chávez memerintah sebagai diktator yang melemahkan demokrasi di Venezuela. Tuduhan ini timbul selepas beliau enggan memperbaharui lesen saluran televisyen yang banyak mengkritik dasarnya. Tindakannya menasionalisasikan sektor-sektor penting ekonomi juga menimbulkan kemarahan sektor swasta.

Ada juga yang menyokong ideologinya, terutamanya negara-negara yang mendapat bantuan dan kerjasama ekonomi daripada Venezuela.