Nicolás Maduro

Nicolás Maduro
Presiden Venezuela
Menyandang jawatan
19 April 2013
Pemangku: 5 March 2013 – 19 April 2013
Naib PresidenJorge Arreaza (2013–16)
Aristóbulo Istúriz (2016–17)
Tareck El Aissami (sejak 2017)
Didahului olehHugo Chávez
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
Menyandang jawatan
17 September 2016
Didahului olehHassan Rouhani
Presiden pro tempore Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan
Menyandang jawatan
23 April 2016
Didahului olehTabaré Vázquez
Naib Presiden Venezuela
Dalam jawatan
13 Oktober 2012 – 5 Mac 2013
PresidenHugo Chávez
Didahului olehElías Jaua
Digantikan olehJorge Arreaza
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
9 Ogos 2006 – 15 Januari 2013
PresidenHugo Chávez
Didahului olehAlí Rodríguez Araque
Digantikan olehElías Jaua
Presiden Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
5 January 2005 – 7 August 2006
Didahului olehFrancisco Ameliach
Digantikan olehCilia Flores
Maklumat peribadi
Lahir
Nicolás Maduro Moros

(1962-11-23) 23 November 1962
Caracas, Venezuela
Parti politikParti Sosialis Bersatu (2007–kini)
Gerakan Republik Kelima (Sebelum 2007)
PasanganCilia Flores
AnakNicolás Maduro Guerra
KediamanIstana Miraflores
Tandatangan
Laman webLaman rasmi

Nicolás Maduro Moros (Sebutan Sepanyol: [nikoˈlaz maˈðuɾo ˈmoɾos]; lahir 23 November 1962) ialah seorang ahli politik Venezuela yang kini menjadi Presiden Venezuela sejak 2013. Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden dan Menteri Luar Negeri Venezuela. Maduro menjadi pemangku Presiden selepas kematian Hugo Chávez. Beliau seterusnya terpilih sebagai Presiden pada 14 April 2013.

Kedudukan beliau kini dalam keadaan yang genting apabila beliau mengangkat sumpah di hadapan Tribunal Agung Venezuela buat kali kedua sebagai Presiden pada 10 Januari 2019. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Pertubuhan Negara-Negara Amerika yang melihat perkara tersebut sebagai tidak sah serta menuntut pilihan raya baru diadakan; Perhimpunan Kebangsaan Venezuela membalas dengan mengisytiharkan darurat manakala ada beberapa negara yang membawa balik duta-duta dari negara tersebut. Perhimpunan Kebangsaan turut melantik Juan Guaidó sebagai Presiden interim yang turut diiktiraf beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.