Hububan

Hububan, ubub, penghembus, belos atau teropong api (di Riau dan Johor) adalah alat pengembus udara yang biasa digunakan padadan berfungsi memberikan tekanan dalam jumlah yang dapat dikawal sehendak; ia berupa seperti seruling besar tanpa lubang nada. Ia sering digunakan pada ketika dahulu oleh para empu dan pandai besi untuk menjaga dan mengendalikan nyalaan api tungku meleburkan besi semasa membuat senjata tradisional seperti keris dan pedang.

"Hububan" atau "ubub" merupakan pinjaman Arab: هبوب hubūb iaitu "meniup", ia bentuk ism kata هَبَّhabba yang bermaksud "meniup kencang" (to blow violently).