Sungai Kuning
| Sungai Kuning | |
|---|---|
Sungai Kuning di Sanmenxia, Henan | |
Peta Sungai Kuning, yang tadahannya meliputi sebahagian besar utara China | |
| Nama asal | 黄河 |
| Lokasi | |
| Negara | China |
| Wilayah | Qinghai, Sichuan, Gansu, Ningxia, Mongolia Dalam, Shaanxi, Shanxi, Henan, Shandong |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | Banjaran Bayan Har |
| • lokasi | Wilayah Yushu, Qinghai |
| • koordinat | 34°29′31″N 96°20′25″E / 34.49194°N 96.34028°E |
| • ketinggian | 4,800 m (15,700 ka) |
| Muara | Laut Bohai |
• lokasi | Daerah Kenli, Dongying, Shandong |
• koordinat | 37°45′47″N 119°09′43″E / 37.763°N 119.162°E |
• ketinggian | 0 m (0 ka) |
| Panjang | 5,464 km (3,395 bt) |
| Saiz lembangan | 752,546 km2 (290,560 bt2) |
| Aliran | |
| • minimum | 1,030 m3/s (36,000 ka3/s) |
| • purata | 2,571 m3/s (90,800 ka3/s) |
| • maksimum | 58,000 m3/s (2,000,000 ka3/s) |
| Ciri-ciri lembangan | |
| Sistem sungai | Yellow River Basin |
| Anak sungai | |
| • kiri | Sungai Fen |
| • kanan | Sungai Tao, Sungai Wei |
| Sungai Kuning | |||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 黃河 | ||||||||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 黄河 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Sungai Kuning, merupakan sungai kedua terpanjang di China dan sistem sungai keenam terpanjang di dunia, dengan panjang dianggarkan sepanjang 5,464 km (3,395 bt) dan kawasan tadahan seluas 795,000 kilometer persegi (307,000 bt2). Bermula dari Banjaran Bayan Har, sungai ini mengalir ke arah timur melalui Gansu, membentuk Lingkaran Ordos sepanjang 1,500 km (930 bt) melalui Dataran Tinggi Ordos, kemudian berbelok ke selatan membentuk sempadan antara Shanxi dan Shaanxi, sebelum bergabung dengan Sungai Wei dan merentasi Dataran China Utara lalu mengalir ke Laut Bohai. Warna kuning airnya berasal daripada endapan kelodak yang banyak ketika melalui Dataran Loess.
Lembangan Sungai Kuning ialah tempat lahir tamadun purba China. Menurut historiografi China tradisional, Dinasti Xia bermula di tebing sungai ini sekitar 2100 SM. Karya Shiji oleh Sima Qian (sekitar 91 SM) menyebut bahawa Dinasti Xia diasaskan selepas kabilah-kabilah sekitar sungai ini bersatu untuk mengatasi banjir yang kerap berlaku. Sungai ini memberikan tanah yang subur untuk pertanian, tetapi sering menyebabkan banjir besar dan perubahan laluan d
Kini, lembangan Sungai Kuning mempunyai kira-kira 120 juta penduduk, manakala lebih 420 juta penduduk di wilayah berhampiran bergantung kepada sumber airnya. Kawasan lembangan ini merangkumi 13 peratus tanah pertanian di China.
Walau bagaimanapun, kawasan ini menerima taburan hujan yang tidak sekata dan hanya menyumbang 2 peratus daripada larian air seluruh China. Aliran air dan kelodak telah menurun lima kali ganda sejak tahun 1970-an, dan sebelum ini sungai ini sering gagal mengalir ke laut.
Sejak tahun 2003, China telah melaksanakan Projek Pemindahan Air Selatan-Utara bagi mengurangkan tekanan ke atas bekalan air Sungai Kuning.