Hoore! Hoore! (filem)

Hoore! Hoore!
Poster tayangan pawagam
PengarahSaw Teong Hin
PenulisSaw Teong Hin
Lakon layarSaw Teong Hin
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Saw Teong Hin
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Real Films
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 24 Mei 2012 (2012-05-24) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM350,000

Hoore! Hoore! merupakan sebuah filem komedi romantik muzikal Malaysia 2012. Filem ini merupakan arahan Saw Teong Hin terbitan Astro Shaw dan Real Films. Ia ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 24 Mei 2012. Filem ini dibintangi oleh Akim Ahmad, Nurfarah Nazirah, Kilafairy, Fauziah Nawi, Allahyarham Adibah Noor dan Harun Salim Bachik. Tajuk filem ini diambil daripada tajuk lagu yang dinyayikan oleh Allahyarham Sudirman Arshad dengan judul yang sama.

Filem ini diterbitkan bagi memberi penghargaan kepada Penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad atas sumbangannya kepada industri muzik Malaysia. Treler rasmi filem ini telah dimuat naik oleh Tayangan Unggul di akaun YouTube rasmi mereka pada 16 Mac 2012.