Akim Ahmad

Akim Ahmad
Kelahiran
Afiq Hakim bin Ahmad

(1991-01-18) 18 Januari 1991
Nama lainAkim, Hang Nadim & Bulan Penuh
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model iklan, komposer
Tahun aktif2009–kini
PasanganStacy Anam (k. 2016)
Anak-anak3
Saudara
  • Mat Mega (bapa saudara)
  • Sofie S (ibu saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, pop rock, balada
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanHafiz Suip, Aril Pilus, Mila Jirin, Anith Aqilah, Stacy Anam, Adira Suhaimi, Akim & The Majistret, Rika Riana.

Afiq Hakim Ahmad (lahir 18 Januari 1991 bersamaan 2 Rejab 1411) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketujuh. Sebagai komposer dan penulis lirik, beliau menggunakan nama pena Hang Nadim dan Bulan Penuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu "Sofie S" dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu "Bayangan Gurauan" dan "Takdir Dan Waktu".

Beliau berasal dari Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama kugiran beliau iaitu Akim & The Majistret.

Pada 5 Februari 2016, Akim telah berkahwin dengan penyanyi Stacy Anam yang juga pemenang rancangan Akademi Fantasia musim keenam selepas Stacy memeluk Islam. Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.

Sejak 2014 beliau menubuhkan The Majistret , Akim Ahmad telah di senarai sebagai salah seorang frontman dan vokalis terbaik di Malaysia. Menggunakan nama Hang Nadim & Bulan Penuh (Pencipta Lagu Selamanya - Usop) di dalam bidang penciptaan lagu, Akim juga berjaya mendapat sambutan pendengar apabila kebanyakkan lagu ciptaan beliau untuk kumpulannya Akim & The Majistret ataupun untuk penyanyi lain menjadi Hits.