Honkai: Star Rail

Honkai: Star Rail
PembangunMiHoYo
PenerbitHoYoverse
PengeluarDavid Jiang
Penggubah
  • Lin Yifan
  • Gong Qi
  • Wang Kexin
  • Wen Chi
SiriHonkai
Enjin Unity
Pelantar
Dilancarkan padaWindows, iOS, Android
  • WW: 25 April 2023
PS4, PS5
  • WW: TBA
GenrePermainan video berperanan
ModPemain tunggal
Anugerah
–  The Game Awards – Best Mobile/Handheld Game (en) (7 Disember 2023)
–  iPhone Game of the Year (en) (29 November 2023)
Pautan luar
Tapak sesawanghonkaistarrail.com…
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Honkai: Star Rail (Cina ringkas: 崩坏: 星穹铁道pinyin: Bēnghuài: Xīngqióng Tiědào; secara harfiahnya "Kemusnahan: Landasan Langit Bintang") ialah permainan video berperanan fantasi 3D percuma dibangunkan dan diterbitkan syarikat miHoYo di Shanghai dan HoYoverse-nya di Singapura. Permainan ini merupakan judul keempat dalam siri Honkai, menggunakan watak-watak baharu bersama rupa lain watak sedia ada daripada latar mainan Honkai Impact 3rd.

"Landasan Bintang" (Cina ringkas: 星铁道pinyin: xīngtiědào) yang menjudulkan permainan ini menggambarkan kewujudan suatu kereta api antara najam yang muncul dalam latar permainan. Honkai (hōkai (崩壊?) hasil penjepunan ungkapan asal Cina ringkas: 崩坏pinyin: bēnghuài "kemusnahan") dalam konteks latar tersebut pula adalah kuasa luar biasa utama yang mampu memusnahkan sebarang alam tamadun diharungi setiap kali mara.