Hoki Kelayakan Piala Dunia 1998
| Butiran Kejohanan | |||
|---|---|---|---|
| Tuan Rumah | Malaysia | ||
| Bandar | Kuala Lumpur | ||
| Pasukan | 12 | ||
| Juara | Sepanyol | ||
| Naib Juara | Korea Selatan | ||
| Ketiga | New Zealand | ||
| Keempat | Poland | ||
| |||
Hoki Lelaki Kelayakan Piala Dunia 1998 adalah satu kejohanan yang yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa sebagai syarat untuk layak ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia 1998 di Utrecht, Belanda. Pertandingan ini telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, dari 4 Mac hingga 15 Mac 1997.
Sebanyak dua belas pasukan terlibat untuk pusingan kelayakan ini dan ia dibahagikan kepada dua kumpulan. Hanya enam pasukan terbaik sahaja yang layak ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia. Enam pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan ini akan menyertai enam pasukan yang sudah layak iaitu: Australia, England, Jerman, India, Belanda, dan Pakistan.