Hoki Kelayakan Piala Dunia 2002

Pusingan Kelayakan Hoki Piala Dunia 2002
Butiran Kejohanan
Tuan Rumah Scotland
BandarEdinburgh
Pasukan16
Juara Argentina
Naib Juara Sepanyol
Ketiga Poland
Keempat Belgium
Statistik Kejohanan
Jumlah perlawanan64
Jaringan gol265 (4.14 per perlawanan)
1997 2006

Kejohanan Kelayakan Hoki Piala Dunia 2002 merupakan pusingan kelayakan bagi negara yang bertanding untuk bermain di pusingan akhir Hoki Piala Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Kejohanan ini telah diadakan pada 17–29 Julai 2001 di Edinburgh, Scotland. Hanya tujuh pasukan terbaik sahaja yang layak bermain di pusingan akhir Hoki Piala Dunia 2002, Kuala Lumpur.

Pasukan Argentina telah menjuarai pertandingan ini selepas menewaskan Sepanyol 5–4 di dalam perlawanan akhir. Turut menyertai Argentina dan Sepanyol yang layak ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia 2002 Kuala Lumpur adalah Poland, Belgium, India, Jepun dan New Zealand.