Hilang pendengaran

Hilang pendengaran
Nama lain
Tidak sempurna pendengaran, Kesukaran pendengaran; anakusis ialah kepekakan penuh
Simbol antarabangsa bagi kepekakan dan hilang pendengaran
PengkhususanOtorinolaringologi, audiologi
GejalaKebolehan mendengar mengurang
KerumitanPemencilan sosial, demensia
JenisHilang pendengaran konduktif, saraf deria, dan campuran, disfungsi pendengaran pusat
PuncaGenetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, kerumitan kelahiran, trauma kepada telinga, pengubatan atau toksin tertentu
Ujian pendengaran
PencegahanPengimunan, penjagaan sempurna semasa kehamilan, mengelakkan bunyi bising yang kuat, mengelakkan pengubatan tertentu
RawatanAlat bantu dengar, bahasa isyarat, implan koklear, sari kata
Kekerapan1.33 bilion / 18.5% (2015)
sunting

Hilang pendengaran ialah ketidakmampuan separa atau penuh untuk mendengar. Hilang pendengaran boleh hadir semasa dilahirkan atau diperoleh pada bila-bila masa kelak. Hilang pendengaran boleh berlaku di satu atau kedua-dua belah telinga. Dalam kanak-kanak, masalah pendengaran boleh menjejaskan kebolehan belajar bahasa lisan, dan dalam dewasa ia boleh mencipta kesukaran dengan interaksi sosial dan di tempat kerja. Hilang pendengaran boleh menjadi sementara atau kekal. Hilang pendengaran yang berkaitan dengan umur biasanya menjejaskan kedua-dua telinga dan disebabkan kehilangan sel rambut koklea. Dalam beberapa orang, terutamanya orang yang lebih tua, hilang pendengaran boleh mengakibatkan kesunyian. Orang pekak biasanya memiliki sedikit atau tiada kedengaran.

Hilang pendengaran boleh berpunca oleh beberapa faktor termasuk: genetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, kerumitan kelahiran, trauma kepada telinga, dan pengubatan atau toksin tertentu. Keadaan umum yang mengakibatkan hilang pendengaran ialah jangkitan telinga kronik. Jangkitan tertentu semasa kehamilan seperti sitomegalovirus, sifilis dan rubela, boleh juga menyebabkan hilang pendengaran dalam kanak-kanak. Hilang pendengaran didiagnosis apabila ujian pendengaran mendapati seseorang tidak dapat mendengar 25 desibel di sekurang-kurangnya sebelah telinga. Ujian untuk pendengaran lemah disyorkan untuk semua bayi baru lahir. Hilang pendengaran boleh dikategorikan sebagai ringan (25 hingga 40 dB), sederhana (41 hingga 55 dB), sederhana-teruk (56 hingga 70 dB), teruk (71 hingga 90 dB), atau parah (lebih daripada 90 dB). Terdapat tiga jenis hilang pendengaran: hilang pendengaran konduktif, hilang saraf deria pendengaran, dan hilang pendengaran campuran.

Sekitar separuh daripada hilang pendengaran secara sejagat boleh dicegah melalui langkah kesihatan awam. Amalan termasuk pengimunan, penjagaan sempurna semasa kehamilan, mengelakkan bunyi bising yang kuat, dan mengelakkan pengubatan tertentu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan orang muda mengehadkan pendedahan kepada bunyi yang kuat dan guna pemain audio peribadi kepada sejam sehari dalam usaha untuk mengehadkan pendedahan kepada bunyi bising. Pengecaman dan sokongan awal sangat penting dalam kanak-kanak. Bagi orang ramai, alat bantu dengar, bahasa isyarat, implan koklear dan sari kata amat berguna. Bacaan gerak bibir ialah kemahiran lain yang amat berguna yang orang lain telah dapat. Walau bagaimanapun, capaian kepada alat bantu dengar terhad di banyak kawasan di dunia.

Setakat tahun 2013, hilang pendengaran menjejaskan sekitar 1.1 bilion orang kepada beberapa tahap. Ia menyebabkan kehilangan upaya dalam sekitar 466 juta orang (5% daripada populasi dunia), dan kehilangan upaya sederhana ke teruk dalam 124 juta orang. Daripada ini dengan kehilangan upaya sederhana ke teruk, 108 juta tinggal di negara pendapatan rendah dan sederhana. Daripada ini dengan hilang pendengaran, ia bermula semasa zaman kanak-kanak bagi 65 juta orang. Mereka yang menggunakan bahasa isyarat ialah ahli kebudayaan Pekak melihat diri mereka mempunyai perbezaan berbanding kehilangan upaya. Kebanaykan ahli kebudayaan Pekak menentang cubaan menyembuhkan kepekakan dan beberapa dalam masyarakat ini memandang implan koklear dengan rasa bimbang kerana mereka ada potensi untuk menyingkirkan kebudayaan mereka. Istilah cacat pendengaran atau hilang pendengaran selalu dipandang negatif kerana menekankan perkara yang orang tidak dapat buat, walaupun istilah ini masih biasa digunakan apabila merujuk kepada kepekakan dalam konteks perubatan.