Hiew King Cheu
Datuk Dr. Hiew King Cheu 邱庆洲 (Cina) PGDK (Sabah) | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Luyang | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Didahului oleh | Melanie Chia Chui Ket |
| Digantikan oleh | Phoong Jin Zhe |
| Majoriti | 8,676 (PRU-13) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Kinabalu | |
| Dalam jawatan 2008–2013 | |
| Didahului oleh | Yee Moh Chai |
| Digantikan oleh | Wong Sze Phin |
| Majoriti | 106 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 Mac 1952 Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara |
| Meninggal dunia | 15 Oktober 2024 (umur 72) Kota Kinabalu, Sabah |
| Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA)—Barisan Nasional, mantan Bebas,mantan Parti Tindakan Demokratik (DAP)—Pakatan Rakyat |
| Pekerjaan | ADUN |
Datuk Dr. Hiew King Cheu (Bahasa Cina: 邱庆洲; pinyin: Qiū Qìngzhōu; 1 Mac 1952 – 15 Oktober 2024) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah menwakili parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dari Barisan Nasional setelah keluar dari DAP dan menjadi wakil Bebas seketika. Sebelum itu beliau adalah mantan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Kota Kinabalu di Sabah, menwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 2008 hingga 2013.
Hiew dipilih ke Dewan Rakyat Parlimen Malaysia di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Di dalam pertembungan empat penjuru, beliau menewaskan Christina Liew dari sebuah lagi parti pembangkang PKR dan Chin Teck Meng dari Barisan Nasional. Kemenagan Hiew di dalam piliharaya itu merupakan kekalahan Barisan Nasional yang tidak disangka.
Hiew pernah bertanding di kerusi Kota Kinabalu tapi tewas dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004. Beliau juga pernah bertanding dan tewas di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2002.