Hassan Diab

Hassan Diab
حسان دياب
Hassan pada Februari 2020
Perdana Menteri Lubnan
Menyandang jawatan
21 Januari 2020
Pemangku: 10 Ogos 2020 - kini
PresidenMichel Aoun
TimbalanZeina Akar
Didahului olehSaad Hariri
Digantikan olehMustapha Adib
Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Lubnan
Dalam jawatan
13 Jun 2011 – 15 Februari 2014
PresidenMichel Suleiman
Perdana MenteriNajib Mikati
Didahului olehHasan Mneimneh
Digantikan olehElias Abou Saab
Maklumat peribadi
Lahir (1959-01-06) 6 Januari 1959
Beirut, Lubnan
PasanganNuwar Mawlawi
Anak3
Tempat belajarUniversiti Metropolitan Leeds
Universiti Bath
Universiti Surrey
Laman webOfficial Website

Hassan Diab (Arab: حسان دياب; lahir 6 Januari 1959) ialah seorang jurutera dan ahli politik dari Lubnan yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut di bawah pentadbiran Presiden Michel Aoun.

Berikutan bencana letupan besar yang memusnahkan sebahagian utama kota Beirut pada Ogos 2020, Hassan dan kabinetnya bertindak balas meletak jawatan; namun beliau meneruskan khidmat sebagai Pemangku Perdana Menteri pada 10 Ogos 2020 sehingga suatu pemerintah baharu dapat dibentuk.